Friday, 20 December 2013

Kasih Seorang Ayah

“Andainya kita nampak pengorbanan seorang ayah pasti pipi sentiasa basah dik kerana air mata yang mengalir akibat terkenangkan pergorbanan seorang ayah kepada anaknya. Mengapa ayah selalu menyembunyikan sakit yang dialaminya saat mendidik anak-anak menjadi seorang hamba yang bertakwa? Kerana ayah tak mahu melihat anak-anak nampak apa yang cuba dia lakukan dan dia mahu anak-anaknya menilai sendiri pengorbanan yang dia lakukan. Kasihnya seorang ayah kepada anaknya, susah macam mana pun dalam mencari rezeki untuk diberikan kepada anak dan isteri pasti tidak pernah diungkapkan kepenatan mahupun kesusahan. Duhai anak, cubalah memahami kehendak ayah kamu. Carilah kebahagiaan ayah kamu yang sebenar. Jangan sia-siakan harapan yang telah dia terapkan sejak lahirnya kamu di bumi Allah ini. Tatkala kamu bersujud kepada Allah jangan lah lupa sebut namanya didalam doa kamu. Kasih ayah tiada siapa dapat menilai. Sayang mak tiada siapa dapat menghitung. Keduanya penting dalam hidup kita. Hargai mereka selagi Allah pinjamkan mereka kepada kita. Berhenti sia-siakan mereka dengan perbuatan yang mereka tidak suka. Didik diri kita untuk menjadi seorang khalifah yang soleh dan solehah. Hargai anugerah yang Allah berikan. ’’

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.